Log in Register

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Laman UtamaSoalan lazim

Soalan Lazim

SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM BIL 6 2016 CUTI PADA HARI PEPERIKSAAN AWAM

Disampaikan maklumat berkaitan untuk perhatian dan tindakan.

Muat turun untuk maklumat lanjut:

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan oleh warga asing untuk mendapatkan kebenaran memasuki Sekolah Bantuan Kerajaan?

 i)Dua salinan surat kelahiran anak  

 ii)Dua salinan paspot anak

iii)Dua salinan paspot ibu bapa / permit masuk / sijil warganegara ibu bapa 

 iv)Dua salinan permit kerja yang sah ibu/bapa 

 v)Dua salinan Dependant Pass ibu dan anak vi) Dua surat pengesahan dari majikan

 vii)Dua salinan butir-butir persekolahan sebelumnya/surat   kelulusan daripada JPNS/PPD sebelum ini

Bagaimanakah cara memohon ke SMKA/KAA Negeri Kedah ?

Waris dan murid tahun 6 boleh memohon melalui hebahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui website public.moe.gov.my 

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan stor?

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2009: Tatacara Pengurusan Stor (PP Bil. 5/2009). Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

KATEGORI STOR

 

Kategori Stor         Kriteria
Pusat
 
 
 
 
Menyedia, mengurus dan membekal barang-barang melalui rangkaian stor peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.
 
Contoh: Depot Bekalan Pusat Kementerian Pertahanan.
 
Utama
 
 
 
 
Menyedia, mengurus dan membekal baranag-barang keperluan pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.
 
Contoh: Stor utama di Kementerian dan Jabatan.
 
Unit            
 
 
Menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka pendek dan guna terus (tidak membuat perolehan bekalan dan bergantung hanya kepad Stor Utama).

 

 

 

Bagaimana anak saya hendak memohon ke Sekolah Berasrama Penuh?

Anda hendaklah mengisi borang permohonan di sekolah. pihak sekolah akan proses borang permohonan secara on-line. 

Apakah tindakan yang perlu diambil ketika mengetahui ada aset kerajaan yang hilang?

Tindakan Sekolah :
1. Pegawai yang mengetahui / menyedari kehilangan harus melaporkan kepada Ketua Jabatan (Guru Besar/Pengetua) dengan serta merta.
2. Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset atau yang mengetahui kehilangan berlaku hendaklah melaporkan kepada Polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui.
3. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan 7 salinan “Laporan Awal Kehilangan Aset Alih Kerajaan”(KEW.PA.28) dalam tempoh 2 hari bekerja dan seterusnya menghantar Laporan tersebut dan salinan Laporan Polis terus kepada:

i. Kementerian Pendidikan Malaysia
   Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset
   Aras 5, Blok E2, Kompleks E
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
   62604 Putrajaya.


ii. Pengarah
   Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
   Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
   05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
   (U.P: Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset)


iii. Pegawai Pendidikan Daerah
    Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
    08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
    (U.P: Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset)


iv. Bahagian Kewangan Dan Pemantauan
     Tingkat 4, Blok Selatan
     Kompleks Kementerian Kewangan
     Presint 2, 62592 Putrajaya.


v. Akauntan Negara Malaysia,
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia
    Bahagian Pembangunan, Perakaunan Dan Pengurusan
    Aras 7, Lot G1A, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya.


vi. Jabatan Audit Negara (Cawangan Pendidikan)
     Kementerian Pendidikan Malaysia
     Aras 9, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E
     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
     62604 Putrajaya.


vii. Bahagian Audit Sekolah
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Tingkat 17, Wisma KWSG, Jalan Kampong Attap
      50604 Kuala Lumpur.


4. Tindakan seterusnya (pelantikan pegawai penyiasat, siasatan dan penyediaan KEW.PA-30) akan dijalankan oleh Unit Perolehan Dan Aset PPD / JPN mengikut arahan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Bagaimanakah saya hendak masuk ke tingkatan 6 bawah jika tidak mencukupi syarat?

Anda hendaklah mengisi borang rayuan (Borang T6BKK) dan hantar ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk diproses.

Adakah perolehan buku-buku perpustakaan perlu didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Aset?

Buku-buku perpustakaan tidak perlu diuruskan mengikut PP Bil. 5 Tahun 2007 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Pendaftaran buku tersebut hendaklah mengikut rekod yang telah diwujudkan sendiri oleh Perpustakaan.

Mengapakan anak saya tidak dapat ditempatkan di sekolah yang dipohon?

Penempatan murid di sekolah berdasarkan kekosongan tempat di sekolah.

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan aset alih Kerajaan?

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PP Bil. 5/2007). Walau bagaimanapun, Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

Bilakah pertukaran guru terlatih boleh dibuat?

Pertukaran guru terlatih boleh dibuat pada bulan September bagi kelulusan Januari manaka bulan April bagi kelulusan Jun.

Apakah maksud “aset alih”, “aset tak alih” dan “aset hidup” ?

Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk aset yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.

Aset Tak Alih bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari tempatnya iaitu tanah, infrastruktur dan bangunan.

Aset Hidup bermaksud aset bernyawa iaitu tumbugan, haiwan dan ikan. Contoh aset hidup seperti tumbuhan lanskap, haiwan zoo dan haiwan keperluan penyelidikan dan operasi.

Bilakah pendaftaran murid ke tahun 1 boleh dibuat?

Pendaftaran murid ke tahun 1 boleh dibuat di sekolah  pada bulan Mac setiap tahun bagi kanak-kanak yang telah mencapai umur 6 tahun. 

Laporan Markah Prestasi (LNPT)

Dimaklumkan bahawa pengeluaran surat Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dibuat oleh Unit Pentadbiran, permohonan dibuat  MELALUI Ketua Jabatan; Pengetua/Guru Besar  sekolah /organisasi masing-masing. Surat LNPT akan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh permohonan diterima.
Permohonan yang dibuat melalui email HENDAKLAH dibuat menggunakan EMAIL RASMI SEKOLAH/ORGANISASI dan dihantar ke email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Terima kasih.

Bagaimana hendak bertukar dari sekolah persendirian / swasta ke sekolah bantuan kerajaan?

Permohonan hendaklah dibuat kepada Unit Pengurusan Sekolah dengan  mengisi borang permohonan ASBS bersama dokumen / salinan yang berkenaan sebelum kelulusan diberi. 

Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 791
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 804
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 796
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 803

Statistik Pelawat

843301
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Jumlah
421
3235
6706
16002
40479
785066
843301
IP anda: 23.20.129.162
Masa: 2017-11-21 04:12:58

Cadangan Anda

Go to top