Piagam Pelanggan
- Memastikan semua kanak-kanak yang layak, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
- Menempatkan guru-guru ke sekolah sebelum persekolahan sesi baru bermula.
- Mencadangkan pengisisan kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru Kanan ke Jabatan Pendidikan Negeri supaya kekosongan diisi dengan segera.
- Memastikan keadaan infrastruktur sekolah dalam keadaan kondusif sebelum persekolahan sesi baru bermula.
Memastikan tahap disiplin sekolah terkawal. - Memastikan penyertaan menyeluruh dan pencapaian yang cemerlang pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.
- Memastikan arahan-arahan berkaitan kurikulum dijalankan dengan cekap, teratur dan berkesan.
- Memastikan pentadbiran penilaian/pentaksiran dan peperiksaan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, cekap dan amanah.
- Mengambil tindakan segera ke atas aduan kerosakan fizikal sekolah.
- Merancang, mengurus dan mengagih dengan segera keperluan pelajar, guru dan kakitangan sokongan.
- Bersedia dan sanggup menerima cadangan dan teguran untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.