mszh-CNenth
A- A A+

Penubuhan awal bermula pada 01 Jun 1982  di Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar dengan staf seramai 11 orang. Kemudian dipindahkan ke Bangunan AIA, Jalan Telok Wan Jah pada 01 Julai 1982. Mulai 01 Julai 1984, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar sekali lagi berpindah untuk kali kedua ke Bangunan DTC, Jalan Tanjong Bendahara, Alor Setar. Pada 06 Jun 1988, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar ditempatkan di bangunan Sek Kebangsaan Iskandar, Jalan Tanjong Bendahara, Alor Setar, Kedah.

Bagi menampung bilangan staf  yang  semakin bertambah , sebuah bangunan  telah dibina di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan mula beroperasi pada 1 Ogos 2003. Pada tahun 2008 diluluskan pembinaan bangunan tambahan 3 blok 4 tingkat yang digunakan secara rasmi pada 20 November  2011 dengan  bilangan staf  seramai 69 orang dan kini jumlah staf telah bertambah seramai 97 orang.

PEJABAT PENDIDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR
Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel:   04-7403000   Faks: 04-7403040  Emel: ictppdks@moe.gov.my

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar  adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. 

Pelawat Hari Ini : 87

Pelawat Bulan Ini : 1873

Jumlah Pelawat : 25090

Kubik-Rubik Joomla! Extensions