mszh-CNenth
A- A A+

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow
Slider
loading...
loading...

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL (KV), INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB), KOLEJ MATRIKULASI (KM) DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE (ELTC) DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2019  

 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019 bermula 1 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019.

 

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini adalah diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS Excel) dengan lengkap dan betul. Ketua Jabatan hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

 

Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing. Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

 

Iklan boleh mula dipohon mulai 01 MAC 2019

PEJABAT PENDIDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR
Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel:   04-7403000   Faks: 04-7403040  Emel: ictppdks@moe.gov.my

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar  adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. 

Pelawat Hari Ini : 102

Pelawat Bulan Ini : 2006

Jumlah Pelawat : 27850

Kubik-Rubik Joomla! Extensions